|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 23/09/2016
JEMPUTAN KE "SEMINAR MENENTANG TIPUAN BIDA DAN PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN DOMINAN DALAM PEROLEHAN AWAM DI BAWAH AKTA PERSAINGAN 2010"
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menganjurkan “Seminar Menentang Tipuan Bida dan Penyalahgunaan Kedudukan Dominan Dalam Perolehan Awam di bawah Akta Persaingan 2010” seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 26 September 2016
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Auditorium Tun Dr. Siti Hasmah, Level 10 Menara SSM, Kuala Lumpur
Sila klik di sini untuk Program
Seminar ini merupakan salah satu daripada inisiatif berterusan MyCC dalam memberi kesedaran kepada golongan sasaran yang melibatkan pegawai-pegawai perolehan dalam sektor Kerajaan untuk lebih memahami dengan lebih lanjut mengenai peranan dan pelaksanaan Akta Persaingan 2010 terutamanya dalam menangani isu tipuan bida dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam perolehan awam.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
SUMBER : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Wan Nurhafizah
Tel : 03-2273 2277
Emel : nurhafizah@mycc.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|