Disember 30, 2025 -Selasa

 
 
 

Isnin 26/09/2016

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA SIRI AKHIR BERSAMA KAK TON, CANTIK DI MATA INDAH DI HATI DI MENARA BANK ISLAM

Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) dan Pravenus Beauty Sdn Bhd dengan kerjasama Bank Islam akan menganjurkan program SIRI AKHIR BERSAMA KAK TON, CANTIK DI MATA INDAH DI HATI DI MENARA BANK ISLAM pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 30 September 2016 / 28 Zulhijjah 1437 H

Masa : 12.30 tengahari - 2.00 petang

Tempat : Dewan Menara Bank Islam, Jalan Perak, Kuala Lumpur

Siri program Kak Ton yang terakhir ini bertujuan bagi mengajak warga Bank Islam bersama-sama dalam bicara santai yang mengupas berkaitan wanita dan kecantikan dari perspektif masakini dan juga dari sudut pandangan Islam serta hebahan zakat harta. Diharapkan program seumpama ini, dapat menarik minat lebih ramai umum untuk menyedari akan kewajipan berzakat dan membantu yang lebih memerlukan selain dakwah santai berkaitan isu semasa.

Turut bersama-sama dalam menjayakan program ini adalah Ustazah Shadiya Abbas, penceramah bebas, Ustazah Isfadiah Dasuki dan Salima Habibi, selebriti dakwah tempatan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber : Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-500 3547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.