Disember 30, 2025 -Selasa

 
 
 

Selasa 27/09/2016

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA MAJLIS MERAIKAN MOHAMAD RIDZUAN MOHAMAD PUZI - ATLET EMAS PARALIMPIK RIO 2016

Dimaklumkan bahawa FELDA akan mengadakan Majlis Meraikan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi - Atlet Emas Paralimpik Rio 2016 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 4 Oktober 2016

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Dewan Banquet, Menara Felda

Majlis ini adalah untuk meraikan beliau yang telah berjaya meraih pingat emas dalam acara 100m T36 (celebral palsy) di Temasya Paralimpik Rio 2016 yang lalu. Majlis akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Hj. Mohd. Isa bin Dato’ Hj Abdul Samad, Pengerusi FELDA.

Program

8.30 Pagi : Perarakan Atlet dari Hotel Grand Season ke Menara FELDA

9.30 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

9.45 Pagi : Ketibaan VIP

9.55 Pagi : Ketibaan YB Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad
Pengerusi FELDA

: Perarakan masuk atlet bersama bendera Malaysia, Paralimpik dan FELDA diiringi dengan lagu “We Are The Champions”

10.00 Pagi : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Semai Bakti

: Bacaan Doa

: Tayangan Video Kejayaan Atlet Emas

: Ucapan dan Perkongsian Pengalaman
oleh Saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi/Wakil

: Ucapan YB Tan Sri Datuk Seri Utama Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad
Pengerusi FELDA

: Penyerahan Mock Cheque dan Cenderahati Kepada Saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

: Gimik pelancaran Bulan Sukan FELDA 2016 Sempena Hari Sukan Negara

11.30 Pagi : Jamuan Makan dan Bersurai

12.00 Tengahari : Perarakan Atlet dari Menara FELDA ke Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg Pandan

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : FELDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Masheema Zulkefli
Tel : 03-21912325 / 019-2176959

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.