|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 27/09/2016
SULTAN PAHANG LANCAR MYGIFT UMP
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom akan mencemar duli berangkat melancarkan MyGift UMP dalam Majlis Santapan/Jamuan Malam sempena Pelancaran MyGift UMP seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 1 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 mlm
Tempat: Grand Ballroom Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
Klik Sini untuk Aturcara MyGift
Berangkat sama Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tuanku Canselor, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil ‘lallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Inisiatif MyGift UMP ini merupakan aktiviti mengumpul dana untuk membantu pelajar miskin yang mendapatkan keputusan cemerlang. Pada majlis ini juga turut disampaikan kepada 11 pelajar yang menerima Biasiswa MyGift ini.
Majlis ini juga turut diadakan majlis penyerahan sumbangan oleh badan korporat dan industri disaksikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Dr. Hj. Adnan Haji Yaakob, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, YH. Dato. Mohd Hilmey Mohd Taib, Ahli - ahli Lembaga Pengarah UMP, Naib Canselor UMP, Prof. Dato. Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Pengurusan Tertinggi UMP.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Universiti Malaysia Pahang (UMP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Mimi Rabita Binti Abdul Wahit
Pegawai Perhubungan Awam & Media
Universiti Malaysia Pahang
Tel: 019 - 988 7321
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|