|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 30/09/2016
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS KRAF JOHOR
Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor. Majlis akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Selasa 4 Oktober 2016
Masa: 3.00 petang
Tempat: Kompleks Kraf Johor, Larkin, Johor Darul Ta’zim
Tetamu: Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Pakaian: Pejabat/Kemas
Program
2.30 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan / Media
2.45 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat
3.00 petang : Ketibaan Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Majlis Perasmian Kompleks Kraf Johor
Lagu Bangsa Johor
Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Perasmian oleh
Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Gimik Perasmian
Penyampaian Penghargaan
Lawatan ke Pameran dan Jualan
Jamuan
5.00 petang: Bersurai
Untuk maklum, majlis ini bersempena penjenamaan semula Kraftangan Malaysia Cawangan Johor kepada Kompleks Kraf Johor berkuatkuasa Mei 2016 yang berfungsi sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi aktiviti kraf dan kesenian seterusnya menjadi hub pemasaran produk kraf bagi zon selatan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel: 03 - 2161 3793 / 017 - 307 8762
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|