|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 05/10/2016
JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN (PHOTO-OP) SEMASA MESYUARAT DUA HALA ANTARA YB MENTERI LUAR NEGERI DAN MENTERI LUAR NEGERI QATAR, 6 OKTOBER 2016
Dimaklumkan bahawa, TYT Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Al-Thani, Menteri Luar Negeri Qatar akan melangsungkan lawatan rasmi beliau ke Malaysia pada 5 hingga 6 Oktober 2016. Antara agenda lawatan ini, beliau akan menghadiri Mesyuarat Dua Hala bersama-sama YB Datuk Seri Anifah Hj. Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia pada 6 Oktober 2016 di Putrajaya.
Sehubungan itu, Kementerian Luar Negeri, Malaysia menjemput wakil media bagi membuat liputan photo-op semasa mesyuarat pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 6 Oktober 2016
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Pejabat YB Menteri Luar Negeri, Malaysia, Aras 3, Blok WP 1, Kementerian Luar Negeri, Malaysia, W.P. Putrajaya
Untuk makluman, wakil media dijemput untuk hadir 30 minit sebelum waktu majlis bermula.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan photo-op semasa mesyuarat tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kasim
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03-8887 4376 / 014 663 3896
Faks : 03-8889 2726
Emel : azreey@kln.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|