|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 05/10/2016
KONVENSYEN ZAKAT KEBANGSAAN 2016
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bekerjasama bagi menganjurkan Konvensyen Zakat Kebangsaan 2016 pada 11 dan 12 Oktober 2016. Perasmiannya dan ucaptama konvensyen ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 11 hb Oktober 2016 / 10 Muharam 1438 H
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Kolej Pertama Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Perasmian oleh : Datuk Hj Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP
Ucaptama : 1) Datuk Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)
: 2) Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (Universiti Malaya)
Sila klik di sini untuk Program
Konvensyen Zakat Kebangsaan 2016 ini akan berlangsung selama 2 hari dan membariskan para pembentang terkenal dalam bidang masing-masing dengan pelbagai tajuk yang menarik berkaitan zakat kontemporari.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan konvensyen tersebut.
Sumber : Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-500 3547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|