Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Khamis 06/10/2016

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN MALAYSIA COCOA AND CHOCOLATE DAY (MCCD 2016), MID VALLEY KUALA LUMPUR

Lembaga Koko Malaysia akan menganjurkan MCCD 2016 pada 7-9 Oktober 2016. Penganjuran MCCD 2016 diadakan bersempena dengan Hari Koko Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun. Objektif MCCD 2016 adalah untuk menyebarkan maklumat dan mewujudkan kesedaran mengenai kegunaan, khasiat dan kebaikan koko dan produk-produk berasaskan koko.

Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 7 Oktober 2016

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre,Kuala Lumpur

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan perasmian tersebut.

SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Puan Izatun Hanim Shari
Ketua Komunikasi Korporat
Tel: 011 - 1111 8028

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.