|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 11/10/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA LABUR SAHAM MEGA 2016 (SAHAM & ZAKAT)
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) dan Asry Ahmad Academy dengan bekerjasama Social Influencer Bursa MKT PLC , Koperasi Remisier Bumiputra Berhad dan 9 Equity Wealth Creations akan menganjurkan Seminar Labur Saham Mega 2016 (Saham & Zakat) seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : 15 hb Oktober 2016 / 14 Muharam 1438 H (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur
Seminar Labur Saham Mega 2016 (Saham & Zakat) ini bakal mengumpulkan para pelabur saham di Malaysia seramai 1,000 orang yang ingin mengetahui tips-tips hebat dari Tuan Hj Mohd Asri Ahmad, Mentor Saham No 1 di Malaysia. Di dalam seminar ini juga akan dibincangkan tentang saham dan zakat secara tidak langsung.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
Sumber : Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-500 3547
-BERNAMA |
|
|
|
|
|