|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 12/10/2016
JEMPUTAN KE MAJLIS PENUTUP PROGRAM "1ST MOOTING CONTEST ON COMPETITION LAW"
Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menganjurkan program 1st Moot Court Competition on Competition Law 2016 (MCCL2016). Program yang julung kalinya dianjurkan oleh MyCC ini merupakan salah satu daripada inisiatif MyCC dalam memberi kesedaran kepada golongan sasaran iaitu di kalangan pihak akademik dan para pelajar untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai peranan dan pelaksanaan Akta Persaingan 2010 di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, MyCC akan menganjurkan Majlis penutup bagi 1st Moot Court Competition on Competition Law 2016 (MCCL2016) seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 18 Oktober 2016
Masa : 10.00 am 1.00 pm (18 Oktober 2016)
Tempat : Tingkat 10, Dewan Utama SSM, Menara SSM@Sentral, KL
Sila klik di sini untuk Agenda 17 Ocktober 2016
Sila klik di sini untuk Agenda 18 Ocktober 2016
Untuk maklumat, majlis penutup ini dijangka akan disempurnakan oleh YBTM Dato Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Oleh yang demikian, pihak MyCC amat berbesar hati sekiranya rakan media dapat hadir bagi membuat liputan dan hadir pada Press Conference pada hari tersebut. Press Conference akan diadakan sejurus selepas selesai ucapan penutupan oleh YBTM KPDNKK.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Wan Nurhafizah
Tel : 03-2273 2277
Emel : nurhafizah@mycc.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|