|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 12/10/2016
MAJLIS SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN SEKTOR PENDIDIKAN
YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi akan menyempurnakan Majlis Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 13 Oktober
Masa: 2.30 petang
Tempat: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Program
2.00 petang : Ketibaan tetamu kehormat dan jemputan
2.30 petang : Ketibaan YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Gimik sambutan oleh Sekolah Sri Cempaka
2.40 petang : Nyanyian lagu NEGARAKU
Bacaan doa
2.45 petang : Ucapan YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Montaj pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Pendidikan (BBKSP) 2016
Persembahan :
- Deklamasi sajak oleh pelajar UMP dan UIAM
- Nyanyian lagu Kurik Kundi oleh pelajar UiTM
- Syarahan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Lim Swee Tin
- Bicara berirama oleh Sek. Men. Seksyen 19, Shah Alam
Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di UA 2016-2020
Penyampaian Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) 2016
Ucapan Tokoh
Persembahan Naqul Insan oleh PERMATA Insan, USIM
Lafaz Ikrar Setia Bahasa
Penyampaian cenderamata kepada YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Persembahan koir lagu Bahasa Kebangsaan oleh pelajar Universiti Limkokwing
Gema Bahasa Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
5.00 petang : Majlis perasmian selesai
Lawatan ke ruang pameran
Klik Sini Untuk Ikrar Setia Bahasa
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan tahun 2016 Sektor Pendidikan dengan tema “Pendidikan Wahana Pelestarian Bahasa” adalah inisiatif dalam menarik pelbagai golongan terutamanya belia mendedahkan diri dengan ilmu dan kefahaman berkaitan Bahasa Melayu melalui pelbagai aktiviti.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER : Kementerian Pendidikan Tinggi
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Adawiyah Binti Othman
Tel: 013-908 0465
-BERNAMA |
|
|
|
|
|