Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Khamis 13/10/2016

PENGUMUMAN PENENTUAN HARGA MAKSIMUM BARANGAN HARGA TERKAWAL SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN DEEPAVALI 2016

Dimaklumkan bahawa YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan sesi Sidang Media mengenai Pengumuman Penentuan Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 14 Oktober 2016

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Menteri
Aras 36, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat
No.33, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan pengumuman tersebut.

Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.

Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mazlina Abdul Kadir
Tel : 017-3251230

Nama : Razali Mohamed Yasin
Tel : 019-3564950

Nama : Annuar Roshad
Tel : 017-3810901

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.