Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Khamis 13/10/2016

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA FELDA MOBILE SDN BHD & TUNE TALK SDN BHD

Dimaklumkan bahawa Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF2) akan mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara Felda Mobile Sdn Bhd & Tune Talk Sdn Bhd seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 18 Oktober 2016

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Grand Ballroom, Menara FELDA
Platinum Park, No.11, Persiaran KLCC,
5088 Kuala Lumpur

Felda Mobile Sdn Bhd membekalkan perkhidmatan digital mudah alih khusus untuk peneroka-peneroka FELDA bertujuan untuk menyatukan komuniti dengan menggunakan servis telekomunikasi. Majlis akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Hj. Mohd. Isa bin Dato’ Hj Abdul Samad, Pengerusi FELDA.

Program

2.30 petang : Ketibaan Pengerusi FELDA & Pengarah Besar FELDA diiringi tetamu-tetamu kehormat

2.40 petang : Aluan Pengacara Majlis

2.45 petang : Bacaan Doa

2.50 petang : Ucapan CEO Felda Mobile

3.00 petang : Ucapan YB Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad, Pengerusi Felda

3.10 petang : Upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Felda Mobile Sdn Bhd & Tune Talk Sdn Bhd

3.25 petang : Upacara Pertukaran Dokumen

3.35 petang : Penyampaian Cenderamata Oleh CEO

3.40 petang : Sesi Fotografi Kumpulan

:Minum Petang

3.55 petang : Sidang Akhbar

5.00 petang : Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : FELDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Fazilah Dahar
Tel : 03-26970186 / 03-26040737

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.