Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Jumaat 14/10/2016

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN SEMPENA PROGRAM WORLD TOURISM CONFERENCE (WTC) 2016, 17 HINGGA 19 OKTOBER 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama World Tourism Organisation (UNWTO) akan mengadakan World Tourism Conference (WTC) 2016 di Georgetown, Pulau Pinang pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin-Rabu 17-19 Oktober 2016

Masa : (Rujuk pada program)

Tempat : (Rujuk pada program)

Klik disini untuk program World Tourism Conference 2016


Persidangan ini akan dihadiri oleh 14 orang pakar industri berkaitan pelancongan dari dalam dan luar negara yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam bidang-bidang berkaitan pelancongan serta membincangkan hala tuju industri pelancongan di masa akan datang. Maklumat terperinci tentang persidangan ini boleh didapati di www.wtc2016malaysia.com.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan persidangan tersebut.

Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Fatin Akhma Fauzi
Tel : 03-8891 7188
Faks : 03-8891 7181
Emel : fatinakhma@motac.gov.my / fatinakhma10@gmail.com

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.