Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Jumaat 14/10/2016

PROGRAM YSS VOLUNTEER WEEKEND @PUTRAJAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, akan menyempurnakan Program "Volunteer Weekend @ Putrajaya / Citizens of Putrajaya" pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 15 Oktober 2016

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Heriot Watt University,
Presint 5, Putrajaya

Program "Volunteer Weekend @ Putrajaya / Citizens of Putrajaya", adalah satu inisiatif di bawah NBOS yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kejiranan komuniti Putrajaya dengan impak meningkatkan minat belajar dan mencungkil bakat-bakat terpendam pelajar serta meningkatkan keterlibatan komuniti dan kesedaran sivik dalam kalangan penduduk setempat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Kementerian Pendidikan Tinggi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Rahim bin Rahman
Tel : 011-19702606

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.