|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 17/10/2016
KOLEKSI HARTANAH PKNS DAN HARI MESRA PELANGGAN PKNS 2016
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengadakan Hari Mesra Pelanggan PKNS 2016 dan merasmikan pameran Koleksi Hartanah PKNS 2016. Majlis akan dirasmikan oleh Pengurus Besar PKNS, Puan Hajah Noraida Mohd Yusof seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Sabtu 22 Oktober 2016
Masa: 1.00 petang
Tempat: Pentas Utama (Berhadapan Bank BSN), Kompleks PKNS Shah Alam
PROGRAM
12.30 tengah hari : Ketibaan tetamu jemputan dan media
1.00 petang : Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan
Gimik Pelancaran Majlis Perasmian oleh Puan Hajah Noraida Binti Haji Mohd. Yusof, Pengurus Besar PKNS
Forum Hartanah
Cabutan bertuah
Lawatan ke Galeri Koleksi Hartanah
4.30 petang : Majlis tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Pameran Koleksi Hartanah PKNS 2016 tersebut.
Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amalia Hasannudin
Tel : 017-309 6519 / 03-552 01234 samb: 1708
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|