Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Isnin 17/10/2016

PROGRAM JALINAN KASIH PKNS SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI DI PUSAT JAGAAN DIVINE LIFE SOCIETY

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal mengadakan program lawatan ke Rumah Jagaan Divine Life Society bagi meraikan 25 kanak-kanak India yang bakal menyambut Deepavali tidak lama lagi.

Program ini diadakan sebagai insiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS bagi merapatkan hubungan baik dengan masyarakat majmuk di Selangor. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik supaya mereka akan lebih gembira untuk meraikan Deepavali.

Majlis ini akan dihadiri Pengurus Besar PKNS Noraida Mohd Yusof serta Ahli Pengurusan PKNS.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 23 Oktober 2016

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Lot 1062, Jalan 1, Taman Ampang Indah, 44000 Kuala Kubu Bahru.


Program

9.30 pagi : Ketibaan jemputan dan media

10.00 pagi : Ketibaan Pengurus Besar PKNS

: Ucapan daripada Pengerusi Divine Life Society

: Ucapan Pengurus Besar PKNS

: Penyampaian Mock Cheque

: Penyampaian goodies bag kepada kanak-kanak Divine Life Society

: Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Kolum Rangoli

: Sesi memotong kek

: Sesi bergambar

: Persembahan Kebudayaan dari Divine Life Society

11.30 pagi : Majlis tamat


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Kerjasama para media untuk membuat pengesahan kehadiran dengan KADAR SEGERA amat dihargai.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fadzly
Tel : 012- 681 7850

Nama : Amalia
Tel : 017- 309 6519

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.