Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Selasa 18/10/2016

KARNIVAL HALAL MALAYSIA 2016 PERINGKAT KEBANGSAAN UNTUK SETIAP LAPISAN MASYARAKAT

Halal Industry Development Corporation (HDC), agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sebagai agensi fokal pembangunan industri Halal akan menganjurkan Karnival Halal Malaysia 2016 di Gopeng, Perak. Antara pengisian program adalah:

-Majlis Perasmian Karnival Halal Malaysia & Forum Perdana Diraja
-Seminar Kesedaran Halal
-Program Pra Persijilan Halal HDC
-Pameran dan Jualan Produk & Perkhidmatan Halal

Perasmian Karnival Halal Malaysia 2016 Peringkat Kebangsaan ini akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Turut hadir adalah Y.A.B Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YB Datuk Hj. Ahmad Hj. Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri, Pengerusi HDC Datuk Seri Hj. Rizuan Abd Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, YBhg. Dato’ Seri Jamil Bidin.

Hari/Tarikh :Jumaat 21 Oktober 2016

Masa : 7.45 malam

Tempat : Pentas Utama, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak Darul Ridzuan

Hari/Tarikh : Sabtu 22 October 2016

Masa : Program di Lampiran

Tembat : Pentas Utama, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak Darul Ridzuan

Program

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL HALAL MALAYSIA 2016

JUMAAT 21 OKTOBER 2016

7.45 malam : Pendaftaran Media

8.15 malam : Ketibaan Y.B. Timbalan Menteri MITI

8.20 malam : Ketibaan Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri

8.25 malam : Ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

8.30 malam : Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

: Bacaan Al-Quran

: Sembah Ucapan Aluan YB Timbalan Menteri MITI

: Acara Perasmian Program Halal Malaysia 2016 Peringkat Kebangsaan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Etika Berpakaian Untuk Tetamu
-Lelaki - Berbaju Melayu Kebangsaan lengkap bersamping dan songkok.
-Wanita - Berbaju Kurung serta bertudung.
-DILARANG memakai pakaian berwarna kuning, putih dan ungu.

Sila klik di sini untuk BUTIRAN PROGRAM UNTUK MEDIA

MENGENAI HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD (HDC)
Halal Industry Development Corporation (HDC) ditubuhkan pada 18 September 2006 berperanan untuk mengendalikan dan memantau keseluruhan pembangunan industri Halal Malaysia baik di dalam mahupun pasaran luar negara. HDC adalah agensi di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsan dan Industri (MITI).

HDC adalah pendekatan holistik Malaysia terhadap permintaan produk dan perkhidmatan Halal dunia yang semakin meningkat. Objektif utama HDC adalah adalah sebagai penggerak utama bagi industri Halal Malaysia untuk berkembang dengan pengenalan piawaian Halal dalam produk dan perkhidmatan yang boleh digunapakai di serata pelusuk dunia. Kini, dianggarkan terdapat lebih daripada 1.8 billion Muslim di seluruh dunia manakala dianggarkan juga pasaran global Halal kini adalah dalam lingkungan USD 2.3 trillion yang meliputi pelbagai sektor.

Dalam usaha untuk memperkasakan industri Halal dan para pelabur tempatan dan luar negara dalam lapangan antarabangsa berteraskan Halal – HDC menawarkan sokongan menyeluruh bagi mana-mana pihak yang berminat untuk menceburi bidang industri ini. Kepakaran HDC adalah bersumberkan keterlibatan Malaysia sendiri dalam arena perniagaan Halal baik di dalam mahupun luar negara. Sila layari www.hdcglobal.com untuk maklumat lanjut.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan karnival tersebut.

SUMBER : Halal Industry Development Corporation (HDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Norsida Ahmad
Perhubungan Awam & Media, HDC
Tel : +6012 3249703
Emel : norsida.ahmad@hdcglobal.com

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.