Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Khamis 20/10/2016

PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN KERUSI RODA 1 MALAYSIA (BKR1M) OLEH PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT 1 MALAYSIA (KER1M)

Hari/Tarikh: Jumaat 21 Oktober 2016

Masa: 3.30 petang

Tempat: D-1-22, Blok D, Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara 6, 47100 Puchong

Penerima Sumbangan: Puan Aini Abbas (6 tahun menderita lumpuh seluruh badan)

Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang giat melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan demi mewujudkan kesejahteraan hidup rakyat yang lebih selesa.

KER1M bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat dan membantu meringankan beban kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan bantuan.

Di antara program yang telah kami jalankan adalah seperti bantuan ke rumah anak-anak yatim, memberi sumbangan kepada rumah kebajikan dalam bentuk barangan keperluan harian, makanan, bantuan baju sekolah, bantuan kerusi roda dan banyak lagi kempen kemasyarakatan yang telah dilakukan dan bakal dirancang pada masa akan datang.

Bagi menyempurnakan usaha khidmat kemasyarakatan ini, kami dengan rendah hati akan menyerahkan Bantuan Kerusi Roda 1 Malaysia (BKR1M) kepada Puan Aini Bte Abbas, bagi meringankan beban dan derita yang ditanggung oleh beliau selama ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis penyerahan sumbangan tersebut.

SUMBER : Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azeem bin Pishal
Ketua Pegawai Perhubungan Awam
Tel : 012 2425899
Emel: azeem@1malaysia.info

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.