Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Selasa 25/10/2016

MAJLIS PERASMIAN RESTORAN ANZ & PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA (FOOD TRUCKERS)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan segala hormatnya menjemput semua wakil media untuk membuat liputan sempena “MAJLIS PERASMIAN RESTORAN ANZ & PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA (FOOD TRUCKERS), OLEH YB. DATUK HJ. AHMAD HJ.MASLAN, TIMBALAN MENTERI (INDUSTRI) MITI.” seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 26 Oktober 2016

Masa : 12:45 tengahari

Tempat : Wisma TKT, Ground Floor, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur

Program

12.00 tengahari : Ketibaan dan Pendaftaran Para Jemputan

12.30 tengahari : Para Tetamu dan Jemputan Mengambil Tempat Duduk Sambil Menunggu

: Ketibaan Tetamu Kehormat, VIP & VVIP

12.30 tengahari– 1.00 petang : Ketibaan Tetamu VIP
Datuk Bandar KL, Ketua Polis Dang Wangi dan lain-lain tetamu jemputan

1.00 petang : Ketibaan Tetamu VVIP
Y.B. DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

1.00 petang : Paluan Kompang oleh Kumpulan Kompang Masyarakat Melayu
Persembahan Tarian Singa / Naga oleh Masyarakat Cina
Persembahan Tarian oleh Masyarakat India

1.15 petang : Upacara Perasmian Memotong Riben & Gimik Pelancaran
PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA
SAHABAT ULUL AMRI – FOOD TRUCK
Di Bawah Kelolaan Rangkaian Restoran ANZ
Dengan Kerjasama Syarikat AZ Group Of Company

1.30 petang : Majlis Menandatangani Replika Perasmian Rangkaian Restoran ANZ

1.40 petang : Sesi Ramah Mesra Y.B. DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri bersama
Pelanggan, Tetamu dan Hadiran di Rangkaian Restoran ANZ, Dang Wangi, Kuala Lumpur

1.45 petang : Jamuan Makan Tengahari

2.00 petang : Sidang Media
Y.B. DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

2.30 petang : Sesi Bergambar & Majlis Tamat & Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan perasmian tersebut.

Sumber : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syed Muhammad Imran
Tel : 017-358 9864

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.