|
|
|
|
 |
| |
|
|
Ahad 30/10/2016
HARI TERBUKA SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 INSTITUT KRAF NEGARA
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Hari Terbuka sempena Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara ( IKN ) ke-15 pada ketetapan seperti berikut :
Hari/Tarikh : Rabu – Jumaat 9 - 11 November 2016
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Institut Kraf Negara
No. 1, KM 20 Jalan Ipoh – Rawang
Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang
Hari Terbuka Institut Kraf Negara menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh orang ramai seperti :
• Demonstrasi & Interaktif Produk Kraf - Batik, Tenunan, Kayu, Logam, Seramik & Rotan
• Pertandingan - Master Chef IKN (pelbagai jenis masakan kerabu), Pertandingan Bercerita Kanak-kanak, Pertandingan Permainan Dart dan Pertandingan Menyumpit
• Persembahan Kebudayaan dan Seni Mempertahankan Diri - Taekwondo, Silat Randai, Nyanyian dan Busking Muzik Akustika
• Pameran dan jualan hasil pelajar
Untuk makluman, seramai 148 orang pelajar daripada 6 jurusan iaitu Seni Kraf Batik, Tenunan, Seramik, Kayu, Logam serta Rotan dan Buluh yang telah menamatkan pengajian mereka pada Jun 2016 akan dianugerahkan Diploma dan Sijil Senikraf. Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri, Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 10 November 2016 (Khamis), jam 10.00 pagi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Hari Terbuka sempena Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara ke-15 tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
TEL: 03-2161 3793
FAKS: 03-2161 3773
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|