Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Jumaat 04/11/2016

DIALOG KEHARMONIAN ANTARA PENGANUT AGAMA AGAMA & PERUBAHAN IKLIM DUNIA

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Fakulti Ekologi Manusia, UPM akan menganjurkan Dialog Keharmonian antara Penganut Agama: Agama & Perubahan Iklim Dunia pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 8 November 2016

Masa : 8.00 malam

Tempat : Panggung Percubaan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Klik disini untuk Brosur


Matlamat

(i) Mengangkat nilai keharmonian dan perpaduan antara masyarakat pelbagai agama di Malaysia menerusi kesedaran dalam menghadapi kesan perubahan iklim dunia;

(ii) Menjelaskan perspektif agama mengenai tanggungjawab memastikan alam dipelihara untuk kelestarian generasi akan datang;

(iii) Membina kesedaran tentang tanggungjawab pelbagai pihak (organisasi dan individu) terutamanya belia dalam usaha berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam serta bagaimana menghadapi kesan perubahan iklim hari ini; dan

(iv) Membincangkan bagaimana kefahaman tentang nilai agama oleh setiap penganut agama masing-masing dapat membantu dalam menangani isu-isu berkaitan kesan perubahan iklim dunia masa kini.


Program

8.00 pm : Bacaan doa

8.05 pm : Ucapan Aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Laily Hj. Paim
(Dekan Fakulti Teknologi Manusia, UPM)

8.15 pm : Ucapan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin
(Ketua Pengarah IKIM)

8.25 pm : Tayangan Video : The Role of Religion in Environmental Education/Activism

8.30 pm : Sesi Dialog: Tanggungjawab Insan Beragama dalam Menangani Perubahan Iklim Dunia
Moderator: Prof. Dr. Zaid Ahmad (Fakulti Ekologi Manusia, UPM)
Ahli Panel Dialog:
1) Wakil dari Agama Islam - Prof. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin (IKIM)
2) Wakil dari Agama Buddha - En. Vidyananda KV Soon (International Network of Engaged Buddhist)
3) Wakil dari Agama Hindu - Dr. M. Bala Tharmalingam (Malaysia Hindu Sangam)
4) Wakil dari Agama Kristian - Prof. Dr. Esther Gnanamalar Sarojini a/p a Daniel (Universiti Malaya)

9.45 pm : Sesi Soal Jawab

10.15 pm : Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn Zawiah
Tel: 03-6204 6329 / 012-333 4253

Nama: En Gulam
Tel: 03-6204 6331 / 017-409 4490

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.