|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 04/11/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA SEMINAR USAHAWAN SUPER MUSLIM (SUPERB)
Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP) akan menganjurkan SEMINAR USAHAWAN SUPER MUSLIM (SUPERB) seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Sabtu 12 November 2016 / 12 Safar 1438 H
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Hotel Putra, Tingkat 4, Jalan Tun Razak, KL
Objektif seminar usahawan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran berzakat dikalangan usahawan-usahawan yang terlibat dalam sektor perniagaan. Malah seminar ini juga bertujuan mendapatkan tips-tips hebat dalam bidang perniagaan oleh beberapa ikon perniagaan hebat seperti Datuk Yusof Haslam, Pengarah Filem dan Usahawan terkenal, Kak Ton yang popular dengan produk Beauty Humaira dan Murad Azmie, Ketua Pegawai Eksekutif Link Glokal Sdn Bhd.
Seminar ini juga turut mengenengahkan soal keberkatan dalam perniagaan yang akan dibawakan oleh pasangan selebriti dakwah tempatan Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahmood dan Ustaz Wan Akashah disamping penampilan istimewa Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, personaliti TV dan Radio tanahair. Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP bagi merasmikan SEMINAR USAHAWAN SUPER MUSLIM (SUPERB).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar usahawan tersebut.
Sumber : Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547
-BERNAMA |
|
|
|
|
|