Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Jumaat 04/11/2016

“GIANT AND FRIENDS OF KPDNKK CHARITY RIDE”

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), akan menganjurkan program “Giant and Friends Of KPDNKK Charity Ride”. Sebanyak 350 motorsikal berkuasa tinggi akan dilepaskan bermula di Putrajaya dan akan ke dua tempat lain seperti ketetapan berikut:

MEMBELI BELAH BERSAMA 40 ORANG ANAK ASNAF

Hari/Tarikh : Sabtu 5 November 2016

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Giant, Kuala Selangor


GOTONG ROYONG

Hari/Tarikh : Sabtu 5 November 2016

Masa : 12.15 tengah hari

Tempat : Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, Kuala Selangor


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.

SUMBER : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Annuar Bin Roshad
Tel : 017-3810901

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.