|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 08/11/2016
LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KE PASAR BESAR MERU DAN PEMBORONG MINYAK OLEH YB MENTERI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan Lawatan dan Pemeriksaaan ke Pasar Besar Meru dan Pemborong seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Rabu 9 November 2016
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Pasar Besar Meru, Klang
*Tempat media berkumpul : Stesen Minyak Shell (Plaza Tol Bukit Raja, Klang)
Masa berkumpul : 8.00 Pagi
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan dan pemeriksaan tersebut.
Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.
SUMBER : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Razali Mohamed Yasin
Tel : 019 - 356 4950
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|