|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 08/11/2016
PERSIDANGAN ANTARABANGSA “AEROTECH AND INNOVATION IN AEROSPACE ENGINEERING & TECHNOLOGY”
Sukacita dimaklumkan bahawa Dr Nor Hayati Binti Zakaria, Pengarah Politeknik Banting, Selangor akan merasmikan Persidangan Antarabangsa “Aerotech And Innovation In Aerospace Engineering & Technology” seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 9 November 2016
Masa : 2.00 petang
Tempat : Room A/B/C, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur
Persidangan AEROTECH adalah satu persidangan dwitahunan yang bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia bersama Politeknik Banting.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pendidikan Tinggi
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Siti Fariza Binti Mmohamad Isa
Tel : 019 - 218 4710
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|