|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 09/11/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS KONVOKESYEN KE - 15 INSTITUT KRAF NEGARA
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara ( IKN ) kali ke-15 pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 10 November 2016
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Institut Kraf Negara
No. 1, KM 20 Jalan Ipoh – Rawang
Taman Rekreasi Templer, 48000 Rawang
Disempurnakan oleh : YB Datuk Mas Ermieyati binti Haji Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Untuk makluman, seramai 148 orang pelajar daripada 6 jurusan iaitu Seni Kraf Batik, Tenunan, Seramik, Kayu, Logam serta Rotan dan Buluh yang telah menamatkan pengajian mereka pada Jun 2016 akan dianugerahkan Diploma dan Sijil Senikraf.
Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan Pesta Konvokesyen Ke-15 melalui aktiviti menarik yang boleh disertai oleh orang ramai seperti Demonstrasi & Interaktif Produk Kraf Pertandingan Master Chef IKN, Pertandingan Bercerita Kanak-kanak, Pertandingan Permainan Dart dan Pertandingan Menyumpit, Persembahan Kebudayaan dan Seni Mempertahankan Diri, Pameran dan
Jualan hasil pelajar.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Konvokesyen tersebut.
Sumber : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Nama : Fazlin Mohamad Zaki
Tel : 012-664 1734
Nama : Norehan Ab. Ghani
Tel : 012-657 8824
-BERNAMA |
|
|
|
|
|