Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Isnin 14/11/2016

JEMPUTAN KE MAJLIS PRA PELANCARAN FESTIVAL KRAF ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLICF)

Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2016 kali kedua seperti bermula 24 hingga 27 November 2016, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Program ini melibatkan penyertaan sejumlah 450 usahawan kraf yang terdiri daripada 280 usahawan dalam negara (domestik) dan 140 usahawan dari 32 luar negara melibatkan Azerbaijan, Brunei, Bhutan, Bosnia, China, Ecuador, Egypt, Ghana, India, Iran, Indonesia, Jepun, Jordan, Kazakhstan, Kenya, Mauritius, Mexico, Morocco, Nepal, Peru, The Philippines, Pakistan, Republic of Guinea, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Tanzania, Thailand, Turki, Uzbekistan, Venezuela, United States of America dan Malaysia.

Majlis Pra Pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 15 November 2016

Masa : 12.30 tengah hari

Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Klik Sini untuk Jemputan KLICF

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Fazlin / Norehan
Tel: 012 - 664 1734 / 012 - 657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.