|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 15/11/2016
SEMINAR ANTARABANGSA MULTI ETNIK DAN SILANG BUDAYA (INTERNATIONAL SEMINAR ON MULTI ETHNIC AND CROSS CULTURE) - ISMEC 2016
Dengan segala hormatnya wakil-wakil media adalah dijemput ke INTERNATIONAL SEMINAR ON MULTI ETHNIC AND CROSS CULTURE (ISMEC 2016) KUIS-UKM-UUM
TEMA : “Kebijaksanaan Dalam Menangani Etnik dan Budaya”
Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Peribumi (PRIBUMI), UKM dan Pusat Pemantapan Akidah Ahl al-Sunnah Wa Al-Jamaah Dan Dakwah (ASDEC), INHAD, KUIS, akan mengadakan SEMINAR ANTARABANGSA MULTI ETNIK DAN SILANG BUDAYA bertema “Kebijaksanaan Dalam Menangani Etnik dan Budaya” di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
Maklumat seminar seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 19 November 2016
Masa : 8.00 Pagi – 5.30 Petang
Tempat : Dewan Majlis Senat, Blok Pentadbiran, KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Klik disini untuk banner
Seminar ini akan dirasmikan pada jam 12.30 oleh :
Y.B. Tuan Mohd Shafie bin Ngah, Timbalan Speaker merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor N26 Bangi.
Manakala Pembentangan Kertas Kerja Utama akan disampaikan bermula jam 11pagi oleh :
- Assoc. Prof. Dr. Jabal M. Bouben (Univ. Brunei Darul Salam UBD)
- Prof. Dato` Dr. Ab. Halim Tamuri (KUIS)
- Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir (UTM)
- Assoc. Prof. Dr. Abdul Ghafar Don (UKM)
Program
7.30 – 8.45 pagi : Pendaftaran dan minum pagi
9.00 – 10.45 pagi : Pembentangan Kertas Kerja Selari 1
11.00 pagi : Pembentangan Kertas Kerja Utama
- Assoc. Prof. Dr. Jabal M. Bouben (UBD)
- Prof. Dato` Dr. Ab. Halim Tamuri (KUIS)
- Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir (UTM)
-Assoc. Prof. Dr. Abdul Ghafar Don (UKM)
12.30 tengahari : Perasmian
Y.B. Tuan Mohd Shafie bin Ngah
Timbalan Speaker merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor N26 Bangi
1.30 -2.15 petang : Rehat dan makan tengahari
2.15-3.30 petang : Pembentangan Kertas Kerja Selari 2
3.45-5.00 petang : Pembentangan Kertas Kerja Selari 3
5.00 petang : Rumusan – Bersurai
Kerjasama wakil-wakil media untuk membuat pengesahan kehadiran dengan KADAR SEGERA amat dihargai.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Nama : DR. ZULKEFLI BIN HAJI AINI
Pengarah Program ISMEC 2016
Tel : 012-2260594
Emel : zulaini@ukm.edu.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|