Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Selasa 15/11/2016

MAJLIS SUMBANGAN WANG ZAKAT PKNS KEPADA YAYASAN INSTITUT JANTUNG NEGARA

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan memberi sumbangan wang zakat perniagaannya kepada Yayasan Institut Jantung Negara bagi tujuan membantu pesakit-pesakit jantung untuk menjalankan pembedahan.

Cek sumbangan akan diserahkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKNS, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada Pengerusi Yayasan Institut Jantung Negara, Toh Puan Dato’ Seri Dr Aishah Ong seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 20 November 2016

Masa : 9.45 Pagi

Tempat : Zoo Negara, Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000, Ampang, Selangor

Program

9.45 pagi : Ketibaan jemputan dan media

10.00 pagi : Ketibaan VIP

Ketibaan Dato’ Menteri Besar Selangor

Ucapan Pengerusi Yayasan Institut Jantung Negara

Penyampaian Mock Cheque

Lawatan ke Zoo Negara

12.30 pagi : Majlis tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amalia Hasannudin
Tel : 017-309 6519 / 03-552 01234 samb: 1708

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.