|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 15/11/2016
PERSIDANGAN INTEGRITI PKNS KE-EMPAT: PEMANTAPAN INTEGRITI DAN PENGURUSAN RISIKO KE ARAH TADBIR URUS KORPORAT TERBAIK
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menganjurkan Persidangan Integriti Keempat bertajuk Pemantapan Integriti Dan Pengurusan Risiko Ke Arah Tadbir Urus Korporat Terbaik bagi memastikan budaya integriti dimartabatkan dalam pelbagai sektor khususnya dalam bidang perniagaan dan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 22 November 2016
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Ballroom 1, Shah Alam Convention Centre (SACC), Exit Jalan 14/2, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Klik Sini untuk Program Persidangan Intergriti PKNS
Persidangan ini akan menampilkan penceramah terkemuka antaranya:
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad
Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar
Pengurus Risiko Digi Communication,Abi Sofian Abdul
Bekas Pengarah Institut Kajian Khazanah (KRI), Dr Muhammad Abdul Khalid
Ketua Unit Integriti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Nik Zalina Megat Muda serta ramai lagi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amalia Hasannudin
Tel : 017-309 6519 / 03-552 01234 samb: 1708
-BERNAMA |
|
|
|
|
|