Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Rabu 16/11/2016

KONVENSYEN TUNAS NIAGA (PROTUNe) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2016

Program Konvensyen Tunas Niaga (PROTUNe) merupakan program anjuran PKNS dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Setiap tahun, para peserta di sekolah terpilih berpeluang menubuhkan syarikat sendirian berhad, menjual produk dan perkhidmatan di lokasi-lokasi terpilih selain dapat menjalani beberapa kursus berkaitan dengan perjalanan syarikat serta latihan keusahawanan dan perniagaan secara praktikal seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 24 November 2016

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Hotel De Palma Shah Alam, Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, 40718 Shah Alam Selangor .

Program

10.00 pagi : Ketibaan Dif Jemputan dan media

Lagu Negaraku

Persembahan Pembukaan

Bacaan Doa

10.55 pagi : Ucapan oleh Tuan Haji Mohd Salleh Mohd Kassim
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg. Puan Hajah Norita Binti Mohd Sidek
Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS

Gimik Perasmian

Penyampaian Hadiah Pemenang-pemenang Anugerah PPU 2016

Penyampaian Hadiah Pemenang-pemenang Anugerah PROTUNe 2016

1.00 petang : Makan Tengah Hari

Bersurai

Majlis Konvensyen PROTUNe 2015 ini akan dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran dan Pembangunan PKNS, Norita Mohd Sidek.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan KADAR SEGERA amat kami hargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI:
Nama : Amalia Hasannudin
Tel : 017-309 6519 / 03-552 50300 samb: 1070

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.