|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 16/11/2016
PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEMAHIRAN PERINGKAT POLITEKNIK 2016 (POLY SKILLS 2016) DAN PENYERAHAN GERAN PUBLIC–PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) KEPADA POLITEKNIK MERLIMAU
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, akan menyempurnakan Perasmian Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kemahiran Peringkat Politeknik 2016 (Poly Skills 2016) Dan Penyerahan Geran Public–Private Research Network (PPRN) Kepada Politeknik Merlimau seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Khamis 17 November 2016
Masa : 9.00 pagi
Tempat : DEWAN PLATINUM, POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
PolySkills merupakan suatu jenama yang menaungi aktiviti-aktiviti pertandingan kemahiran WorldSkills Malaysia di peringkat Politeknik Malaysia.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Siti Fariza Binti Mohamad Isa
Tel : 019-2184710
-BERNAMA |
|
|
|
|
|