Disember 29, 2025 -Isnin

 
 
 

Khamis 17/11/2016

JEMPUTAN MEDIA: MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN TERHADAP KANSER SERVIKS BERSAMA ALAT PERSAMPELAN SENDIRI, CERVISAFE OLEH YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bersama-sama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama LaDIY Healthcare Sdn Bhd dan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM (CaRE) akan menganjurkan Program Kesedaran Kesihatan Terhadap Kanser Serviks Bersama Alat Persampelan Sendiri, Cervisafe yang merupakan salah satu daripada Program Inovasi Sosial Mosti (MSI).

Pelancaran program kesedaran ini akan disempurnakan oleh YB Menteri MOSTI. Datuk Seri Panglima Madius Tangau seperti ketetapan berikut.

Hari/Tarikh : Sabtu 19 November 2016

Masa : (sila rujuk Program)

Tempat : Dewan Tun Hamdan, Tamparuli, Sabah

Program
8.30 - 9.30 pagi : Pendaftaran Peserta

9.15 - 9.30 pagi : Taklimat Penganjur

9.30 - 10.00 pagi :
Ucapan Aluan oleh YBhg Dato' Norhalim Yunus
Ketua Eksekutif, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

Ucapan Aluan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Menteri Sains, Teknologi & Inovasi merangkap Ahli Parlimen Tuaran, Sabah

10.00 - 10.15 pagi : Kudapan

10.15 - 12.00 tengah hari :
Ceramah Kesihatan dan Kesedaran terhadap Kanser Serviks
oleh Profesor Datin Dr. Rozi Mahmud
Pengarah Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) UPM

12.00 - 5.00 petang :
Demo Penggunaan Cervisafe
Saringan (Pengambilan Sampel Serviks) oleh Peserta Berdaftar
Pameran Kesihatan Kanser
Bengkel Keusahawana oleh 1MET

Majlis Bersurai

Program Inovasi Sosial Mosti (MSI)

YAB Perdana Menteri telah bersetuju projek-projek RMKe-11 yang bersifat people centric akan dilaksanakan berdasarkan enam Pemacu Perubahan (Game Changer) melalui Platform Transformasi National Blue Ocean Strategy (NBOS).

MOSTI Social Innovation (MSI) merupakan salah satu program yang akan dilaksanakan di bawah Game-Changer Innovation RMKe-11 mulai tahun 2016.

Tujuan Program MSI adalah untuk membantu masyarakat dan komuniti memenuhi keperluan dan meningkatkan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada. Projek yang dilaksanakan hendaklah bersifat quick-win, kos rendah, cepat siap (tidak melebihi 6 bulan), demand driven dan berimpak tinggi.

Objektif Program MSI adalah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada yang boleh dilaksanakan secara mampan.

Kumpulan sasar Program MSI adalah masyarakat Malaysia yang dibantu bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka seperti warga emas, golongan berpendapatan rendah, wanita dan lain-lain.

Sehubungan dengan ini, MTDC telah dilantik oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk untuk menjalankan lapan (8) program MSI dan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara MTDC dan lapan pembekal teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti telahpun berlangsung pada 14 November 2016.

Menerusi program MSI, lapan Syarikat Pembekal Teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti akan menjalankan pelbagai aktiviti berteraskan teknologi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pelbagai lapisan masyarakat.

LaDIY Healthcare Sdn Bhd

LaDIY Healthcare Sdn Bhd antara syarikat pembekal teknologi yang berkolaborasi bersama-sama dengan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM (CaRE) untuk menjalankan Program Kesedaran Kesihatan Terhadap Kanser Serviks Bersama Alat Persampelan Sendiri, Cervisafe. Program ini akan mengambil masa selama enam bulan dan akan dilaksanakan di 10 lokasi. Tamparuli, Sabah merupakan desitinasi pertama program ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Alvirah Mohd Natt
Tel: 017 212 2802
Emel: alvirah@mtdc.com.my

Nama: Abdul Hafiz Mohamed
Tel: 019 266 7149
Emel: abdul.hafiz@mtdc.com.my

-BERNAMA







 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.