|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 17/11/2016
MAJLIS PERASMIAN HARI TERBUKA KEBAJIKAN 2016
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menganjurkan Hari Terbuka Kebajikan 2016 pada 17-20 November 2016.
Hari terbuka ini merupakan gabungan kepada sambutan Hari Warga Emas, Hari Kanak-Kanak, Hari OKU dan Hari Sukarelawan yang menjadi acara tahunan Jabatan pada setiap tahun bagi meraikan kumpulan sasar Jabatan yang terdiri daripada warga emas, kanak-kanak, OKU dan juga sukarelawan.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Perasmian Hari Terbuka Kebajikan 2016 juga akan diadakan dengan ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 19 November 2016
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi No. 1, Jalan Sungai Merab, Selangor, 43000 Kajang
Perasmi : YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
PROGRAM
(Aturcara seperti di lampiran)
(Sila klik di sini untuk risalah)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sepanjang sambutan diadakan.
SUMBER : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NUR HANEEM BINTI MOHAMAD ALI
Tel : 019-233 3110
Nama : Cik Nurlailatul Qamar
Tel : 012-3768760
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|