|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 18/11/2016
DIALOG KEHARMONIAN ANTARA PENGANUT AGAMA AGAMA & PERUBAHAN IKLIM DUNIA
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Islamic Information Centre (IIC) Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menganjurkan Dialog Keharmonian antara Penganut Agama: Agama & Perubahan Iklim Dunia pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 23 November 2016/23 Safar 1438H
Masa : 1.30 petang
Tempat : Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Matlamat
(i) Mengangkat nilai keharmonian dan perpaduan antara masyarakat pelbagai agama di Malaysia menerusi kesedaran dalam menghadapi kesan perubahan iklim dunia;
(ii) Menjelaskan perspektif agama mengenai tanggungjawab memastikan alam dipelihara untuk kelestarian generasi akan datang;
(iii) Membina kesedaran tentang tanggungjawab pelbagai pihak (organisasi dan individu) terutamanya belia dalam usaha berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam serta bagaimana menghadapi kesan perubahan iklim hari ini; dan
(iv) Membincangkan bagaimana kefahaman tentang nilai agama oleh setiap penganut agama masing-masing dapat membantu dalam menangani isu-isu berkaitan kesan perubahan iklim dunia masa kini.
Program
1.30 petang : Pendaftaran Peserta
1.45 petang : Ketibaan Dif-dif Kehormat
2.00 petang : Bacaan Doa
2.05 petang : Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Prof Mohd Fadzil Abd Rahman
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar),
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
2.20 petang : Kata-kata Aluan oleh YBhg. Prof . Datuk Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2.35 petang : Ucapan Perasmian oleh YB Puan Rosey Haji Yunus
Menteri Muda Solidariti, Sarawak
2.50 petang : Tayangan Video: The Role of Religion in Environmental Education / Activism
3.00 petang : Sesi Dialog: Tanggungjawab Orang Beragama dalam Menangani Perubahan Iklim Dunia
Moderator: Puan Hajjah Zabariah Haji Matali
(Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Information Centre (IIC), Sarawak)
Ahli Panel Dialog:
1) Islam : YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin
Ketua Pengarah, IKIM
2) Buddha : En. Tay Boom Seng
Young Buddhist Association Malaysia
3) Hindu : En. Balachandran Annamalai
Malaysia Hindu Sangam Sarawak Branch
4) Kristian : Rev. Fr. Felix Au
Archiodiocese of Kuching
4.00 petang : Sesi Soal Jawab
4.30 petang : Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : En. Gulam
Tel : 03-6204 6331 /017-409 4490
-BERNAMA |
|
|
|
|
|