|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 18/11/2016
JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN KARNIVAL BESKILLS & MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL BESKILLS 2016
GIATMARA Malaysia menganjurkan program tahunan kemahiran dan inovasi iaitu Karnival Beskills 2016. Program akan berlangsung 23 hingga 26 November 2016. Program ini merupakan satu inisiatif untuk memberi peluang kepada pelatih GIATMARA menggunakan kemahiran yang dipelajari dan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan projek yang inovatif dan bernilai komersial. Disamping itu, pelatih GIATMARA juga belajar ilmu keusahawanan dengan membuka booth jualan dan perkhidmatan. Pelbagai aktiviti menarik juga disediakan.
Bersempena dengan itu, Pengurusan GIATMARA berbesar hati menjemput wakil-wakil media ke Majlis Perasmian Penutup Karnival Beskills 2016 seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Sabtu 26 November 2016
Masa : 10.30 pagi
Tempat : DEWAN MAJLIS DAERAH BERA, PADANG LUAS,PAHANG
VIP : YB. Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Merangkap Ahli Parlimen Bera
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan karnival tersebut.
Sumber : GIATMARA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Ahmad Zulkifly
Tel : 019-3231131
Nama : Aman Redza Bin Radzi
Tel : 017-4015991
-BERNAMA |
|
|
|
|
|