|
|
|
|
 |
| |
|
|
Sabtu 19/11/2016
JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PENUTUP HARI TERBUKA KEBAJIKAN 2016
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menganjurkan Hari Terbuka Kebajikan 2016 pada 17-20 November 2016. Hari terbuka ini merupakan gabungan kepada sambutan Hari Warga Emas, Hari Kanak-Kanak, Hari OKU dan Hari Sukarelawan yang menjadi acara tahunan Jabatan pada setiap tahun bagi meraikan kumpulan sasar Jabatan yang terdiri daripada warga emas, kanak-kanak, OKU dan juga sukarelawan.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Penutup Hari Terbuka Kebajikan 2016 juga akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 20 November 2016
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, No. 1, Jalan Sungai Merab, Selangor, 43000 Kajang
Perasmi : YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Program
2.00 petang : Ketibaan Dif-Dif Jemputan
2.15 petang : Ketibaan YBhg. Dato’ KPKM
2.20 petang : Ketibaan YBrs. Dr KSU KPWKM
2.30 petang : Ketibaan YB Timbalan Menteri KPWKM
YB Timbalan Menteri KPWKM masuk ke dalam Dewan Perdana PLPP
Nyanyian lagu “Negaraku” dan “Bersatu Untuk Kebajikan”
Bacaan Doa
Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Timbalan Menteri KPWKM
Penyampaian Anugerah dan Hadiah
Penyampaian Cenderahati oleh KPKM kepada YB Timbalan Menteri
Persembahan Pentas
Jamuan Petang dan Persembahan Nyanyian
4.00 petang : YB Timbalan Menteri KPWKM meninggalkan majlis
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sepanjang sambutan diadakan.
SUMBER : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haneem Binti Mohamad Ali
Tel : 019-233 3110
Nama : Cik Nurlailatul Qamar
Tel : 012-376 8760
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|