Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Selasa 22/11/2016

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KUALA LUMPUR INTERNATIONAL CRAFT FESTIVAL 2016

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Kuala Lumpur International Craft Festival 2016 pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 24 November 2016

Masa : 8.00 malam

Tempat : Panggung Sari,Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Sila klik di sini untuk Program dan Peta lokasi.

Kemudahan tempat meletak kenderaan percuma disediakan di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Kia Peng.

Bertemakan ‘Kraf Menyatukan Masyarakat’ Kuala Lumpur International Craft Festival 2016 berlangsung mulai 24 hingga 27 November 2016, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dengan sasaran penglibatan 450 orang usahawan kraf tempatan dan antarabangsa (melibatkan 32 buah negara) dengan mengetengahkan aktiviti jualan, demonstrasi serta persembahan kebudayaan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian Kuala Lumpur International Craft Festival 2016 tersebut.

SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012 - 664 1734

Nama : Cik Norehan
Tel : 012 – 657 8824

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.