Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Rabu 23/11/2016

JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA DAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA FIRMA MALAYSIA-CHINA BAGI TEKNOLOGI BAHARU SISTEM KERETA API

Sebagai langkah permulaan untuk membekal teknologi baharu sistem kereta api, Innorail Systems Technology Sdn Bhd akan menandatangani perjanjian persefahaman dengan salah satu syarikat terkemuka China, O & C Electric Technique Co., Ltd (OCET) sebagai rakan kongsi strategik bagi pemindahan hak teknologi dan harta intelek untuk pembuatan produk-produk kereta api seperti "converter" dan "inverter", sistem pemanduan elektrik dan teknologi berkaitan bagi pengangkutan jimat tenaga. Perjanjian ini juga merangkumi usaha membina keupayaan pengeluaran tempatan, pemindahan teknologi, latihan dan pembangunan kemahiran jurutera dan pekerja di Malaysia, di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Butir-butir lanjut adalah seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 28 November 2016

Masa: 2.30 PM

Tempat: Ballroom Central B, Hilton Kuala Lumpur, Jln Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur

Program

2:30 pm : Ketibaan jemputan dan pendaftaran media

3:00 pm : Ucapan pembukaan oleh YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

3:10 pm : Ucapan oleh En. Vanio Wang, CEO O & C Electric Technique Co Ltd (OCET)

3:20 pm : Ucapan oleh En. Lim Chai Chang, CEO Innorail Systems Technology Sdn Bhd

3:30 pm : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman, disaksikan oleh; YB Datuk Chua Tee Yong

3.35 pm : Sesi bergambar

3.40 pm : Sidang media

4.00 pm : Majlis tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Global Creative and Media Agency Portal Sdn Bhd (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Amzar Anizam
Pungurus Perhubungan Awam di Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 017 988 8678 / 03 7733 4262
Emel: amzar.anizam@gcma.tv

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.