Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Rabu 23/11/2016

MAJLIS PELANCARAN KRAF KAMPUNGKU

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Pelancaran Kraf Kampungku pada 25 November 2016 (Jumaat), jam 3.00 petang bertempat di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Hari/Tarikh : Jumaat 25 November 2016

Masa : 3.00 petang

Tempat : Perkarangan Dewan Orang Ramai, Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Perak

PROGRAM
(Sila klik di sini untuk muat turun)

Kraf Kampungku merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia untuk membangunkan komuniti setempat di bawah Program Satu Daerah Satu Industri - Produk Kraf. Pelancaran Kraf KampungKu di Mukim Sayong, Kuala Kangsar akan menjadi perintis kepada usaha Kraftangan Malaysia membangunkan industri kraf melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy – NBOS). Melalui tagline “Sayong Land of Clay” produk kraf seramik dan Mukim Sayong akan dinobatkan sebagai produk pelancongan baharu di negeri Perak Darul Ridzuan.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pelancaran Kraf Kampungku tersebut.

SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012-664 1734

Nama : Cik Norehan
Tel : 012–657 8824


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.