|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 25/11/2016
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA FELCRA TRAINING & CONSULTANCY (FTC) DAN ADECCO
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa FELCRA Training & Consultancy akan mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara FTC & Adecco pada 29 November 2016 bertempat di Premiera Hotel, Kuala Lumpur.
Majlis ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak Adecco bagi membantu FTC melaksanakan plan jangka panjang dalam perlaksanaan program ‘profilling trait’.
Sehubungan itu, FELCRA Training & Consultancy dengan sukacitanya ingin menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) yang akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, En. Zulkarnain B. Md Eusope seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 29 November 2016
Masa : 11.00 Pagi
: 12.00 Tengah hari (SIDANG MEDIA )
Tempat : Premiera Hotel, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis menandatangani MOU tersebut.
SUMBER : Felcra Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Sufri
Tel : 03-4143 3491 / 013 303 0093
Emel : sufri@ftc.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|