Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 25/11/2016

MALAYSIA MENJADI TUMPUAN UTAMA DALAM BIDANG DANCESPORT MELALUI MALAYSIA OPEN DANCE CHAMPIONSHIP 2016

Pertandingan Tarian Terbuka Malaysia 2016 (Malaysia Open Dance Championship, MODC) kini sudah kembali. Dengan mesra, kami menjemput rakan-rakan media ke majlis makan malam dan peringkat terakhir pertandingan tersebut. Para peserta pertandingan MODC yang berasal dari Malaysia dan seluruh negara akan menari untuk penilaian panel hakim antarabangsa.

Majlis makan malam dan peringkat terakhir MODC 2016 akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang sudah lama menyokong usaha jawatankuasa pengelola MODC, Malaysia Ballroom Dance Council (MBDC) yang berusaha untuk meningkatkan profil tarian ballroom dan dancesport di Malaysia.

Butiran untuk majlis makan malam dan peringkat terakhir MODC adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 27 November 2016

Masa : 6.30PM

Tempat : Grand Ballroom, One World Hotel, Bandar Utama


Tempat duduk untuk majlis makan malam adalah terhad, sila RSVP seawal mungkin untuk menempah tempat anda.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Beyond PR Communications

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Eugene Lim
Beyond PR Communications
Tel : +6018 258 1885


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.