Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Selasa 29/11/2016

JEMPUTAN MEDIA BAGI MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL SHAH ALAM

Sukacita dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Hospital Shah Alam seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 1 Disember 2016

Masa : 1:45 petang

Tempat : Auditorium, Hospital Shah Alam, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Sebagai makluman tuan/puan, berikut merupakan etika berpakaian ketika majlis berlangsung:

Lelaki : Lounge Suite Bersongkok Hitam

Perempuan : Tertib/Sopan

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Nor Suzaman bin Abdul Rahman
Tel : 013-399 7025

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.