|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 01/12/2016
MAJLIS KEMUNCAK NASIONAL PERTANDINGAN MYINOVASI 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi akan menyempurnakan Majlis Kemuncak Nasional Pertandingan MyINOVASI2016, pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 2 Disember 2016
Masa : 8.30 pagi
Tempat : DEWAN ZA’BA, ARAS TANAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI, PRESINT 5, PUTRAJAYA
Pertandingan Memasyarakatkan Inovasi Pelajar IPT 2016 atau lebih dikenali sebagai MyINOVASI2016 ini adalah satu program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan mahasiswa IPT.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fauzan Abu Hassan
Tel : 017-2046892
-BERNAMA |
|
|
|
|
|