|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 06/12/2016
PAMERAN DIRAJA BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ KE-71
Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT) dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan SACC Mall akan mengadakan pameran diraja bersempena Hari Keputeraan ke-71 Sultan Selangor ke IX, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Pameran ini akan diadakan di SACC Mall dan akan berlangsung dari 5 hingga 18 Disember 2016 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Objektif utama diadakan adalah bagi menghargai peranan penting DYMM Tuanku selama 15 tahun sebagai payung negeri Selangor. Selain itu, ia juga berperanan sebagai satu medium untuk menyemai rasa cinta terhadap institusi diraja dikalangan rakyat. Rakyat juga dapat mengenali lebih dekat perjalanan hidup DYMM Tuanku dan sejarah kesultanan negeri Selangor.
Oleh itu, kami dengan segala hormatnya ingin menjemput rakan-rakan media untuk menjadi saksi bagi majlis perasmian pameran ini yang akan dirasmikan oleh Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Mohd Faizul Fitri bin Muslil Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT), dan Datuk Zakaria Abd Wahab, Ketua Pengarang BERNAMA.
Butiran mengenai majlis perasmian ini adalah seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 8 Disember 2016
Masa : 8.00 malam
Tempat : Ruang Legar Pintu Masuk Utama, SACC Mall, Shah Alam
Program
8.00 malam : Ketibaan Tetamu
8.15 malam : Ketibaan VIP
8.30 malam : Ketibaan YAM Tengku Laksamana Selangor
: Lagu negeri Selangor
: Bacaan doa
: Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Datuk Zakaria Abd Wahab,
Ketua Pengarang BERNAMA
: Ucapan Alu-aluan oleh YB Dato’ Dr. Haji Ahmad Yunus b. Hairi,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
: Titah Pelancaran oleh YAM Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj,
YAM Tengku Laksamana Selangor
: Penyampaian Cenderamata
: Lawatan ke Pameran
: Jamuan
10.30 malam : Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
SUMBER : PERBADANAN ADAT MELAYU & WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Mohamad Aris Hj Sahid
Tel : 03-5519 0050 / 019-3425538
Emel : aris@padat.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|