|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 06/12/2016
JEMPUTAN: MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN RAKAN NIAGA STRATEGIK BERSAMA PADI BERAS NASIONAL BERHAD (BERNAS)
Agrobank akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian rakan niaga strategik bersama BERNAS pada ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 7 Disember 2016
Masa : 4.00 petang – 5:00 petang
Tempat : Laman Padi, MAEPS, Serdang, Selangor
Program
4.00 petang : Pendaftaran Jemputan/ Media
4.15 petang : Ketibaan Dif-Dif Kehormat
4.30 petang : Ketibaan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
4.35 petang : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
4.40 petang : Bacaan doa
4.45 petang : Majlis Menandatangani Perjanjian Rakaniaga Strategik Agrobank Bersama Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS)
Ditandatangani oleh:
Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank,
Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman
dan
Ketua Pegawai Eksekutif BERNAS,
Encik Abdul Karim Md. Lassim
5.00 petang : Jamuan makan
6.00 petang : Tamat
Untuk makluman, menerusi perjanjian ini, Agrobank secara rasmi menjadi sumber pembiaya utama bagi peserta Program Rakan Ladang BERNAS (PRL BERNAS) yang sebelum ini dikendalikan sepenuhnya oleh BERNAS.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732
-BERNAMA |
|
|
|
|
|