|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 08/12/2016
AGROBANK ANJUR PROGRAM SEMINAR AGROPRENEUR MUDA 2016
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama Agrobank akan menganjurkan program Seminar Agropreneur Muda (SAM 2016) yang merupakan program perkongsian maklumat berkenaan industri pertanian dan asas tani khusus untuk golongan belia. Maklumat seminar adalah seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 8 Disember 2016
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Dewan D, MAEPS, Serdang Selangor
PROGRAM
10.00 pagi : Ketibaan jemputan/ Media
10.15 pagi : Ketibaan YB Dato’ Othman Aziz
Timbalan Menteri Kewangan II
10.10 pagi : Ucapan aluan oleh
Presiden/ ketua Pegawai Eksekutif Agrobank
Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman
10.20 pagi : Ucapan perasmian oleh
YB Dato’ Othman Aziz
Timbalan Menteri Kewangan II
10.35 pagi : Pelancaran Seminar Agropreneur Muda 2016 (SAM2016)
10.40 pagi : Pelancaran ACEDIA @ Agrobank Mobile Apps
10.45 pagi : Penyerahan Surat Pembiayaan
10.50 pagi : Sesi bergambar
11.00 pagi : Majlis tamat
Untuk makluman, program yang julung kali diadakan ini bakal mengumpulkan 500 orang peserta yang merupakan golongan belia. Seminar turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shaberry Cheek dan Timbalan Menteri kewangan, Yang Berhormat Dato’ Othman Aziz.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
Sumber : Agrobank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|