Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 09/12/2016

FESTIVAL KRAF JOHOR 2016

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Festival Kraf Johor pada 15 hingga 25 Disember 2016, bermula dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam bertempat di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru.

Majlis Perasmian Festival ini pula akan disempurnakan Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 15 Disember 2016

Masa : 3.00 petang

Tempat : Khemah Festival Kraf Johor, Angsana Johor Bahru Mall,Johor Bahru

Klik sini untuk brosur Festival Kraf Johor 2016


Aktiviti ini merupakan penganjuran ke-6 oleh Kraftangan Malaysia dalam usaha mempromosikan produk kraf tempatan secara terus kepada pengguna. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Pameran dan Jualan Produk Kraf Baru, Demonstrasi Produk Kraf, Demonstrasi Kuih & Masakan Tradisional, Pameran Blok Batik, Interaktif Kraf (Fun Block), Lawatan Berpandu Berkumpulan, Pertandingan Pembuatan Mata Senjata “Jaguh Tempa” dan Pertandingan Tarian Zapin Kanak-Kanak, Tazkirah Agama dan juga Persembahan Kesenian Tradisional & Kontemporari.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian dan sepanjang Festival Kraf Johor 2016 tersebut.

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
www.kraftangan.gov.my
Tel: 03-2161 3793

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.