|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 09/12/2016
LATIHAN MEDIA MENGENAI AKTA PERSAINGAN 2010 OLEH SURUHANJAYA PERSAINGAN MALAYSIA (MyCC)
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) akan mengadakan program Latihan untuk Media mengenai Akta Persaingan 2010 khususnya bertujuan untuk mendedahkan media-media tentang peranan dan fungsi MyCC serta Akta Persaingan itu secara keseluruhannya. Program tersebut akan diadakan di ketetapan yang berikut:
Hari/Tarikh: Rabu 14 Disember 2016
Masa: 8.30 am - 5.00 pm
Tempat: Meet on 35, Level 34, Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur
Program
8.45 pagi : Pendaftaran dan ketibaan peserta-peserta
9.15 pagi : Ucapan Aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCC:
Ybhg. Dato’ Abu Samah Shabudin
9.30 pagi : Tajuk Berita Utama TV6, 2 Januari 2012:
“Kerajaan perkenalkan MyCC”
10.00 pagi : Minum pagi
10.30 pagi : Tajuk Akhbar Harian Ekonomi, 1 April 2014:
“Kuasa MyCC Unik”
11.30 pagi : Tajuk Temubual Radio Unggul, 25 Jun 2016:
“MyCC Denda Hampir RM 25 Juta”
12.30 tgh hari : Makan tengah hari
2.00 petang : Kuiz “Cer Teka” & Sesi soal jawab
3.00 petang : Peranan wartawan dalam menterjemahkan “Menggalakkan Persaingan, Melindungi Anda”
4.30 petang : Minum petang & sesi ber“wefie”
5.00 petang : Majlis bersurai
Penceramah:
1. Encik Iskandar Bin Ismail, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan MyCC
2. Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM
Penyertaan adalah percuma dan tempat adalah terhad. Pihak MyCC amat mengalu-alukan penyertaan dari pihak media sebelum atau pada 13 Disember 2016.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wakil-wakil media untuk menyertai "Program Latihan untuk Media mengenai Akta Persaingan 2010" tersebut.
Sumber : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nazarul Emran
Pegawai Bahagian Hal Ehwal Korporat MyCC
Tel : 03-22732277
Emel : nazarul@mycc.gov.my
Nama : Mohd Hafizi
Pegawai Bahagian Hal Ehwal Korporat MyCC
Tel : 03-22732277
Emel : hafizi@mycc.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|